Reset Minda: Professor Dr. Muhaya – Anak Bukan Hak Mutlak Ibubapa

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum...

 

Aku lupa apa ‘tag line’ program ini. Ermm, lebih kurang begini bunyinya, “Apa yang ada dalam diri mencerminkan sifat luaran saya.”

 

Prof Dr Muhaya MohammadKagum aku dengan Prof ni. Dan aku sarankan, ini adalah program yang wajib ditonton oleh semua orang..! Berikut adalah kesimpulan dari aku, jika salah mohon tegur.

 

Perasaan atau pandangan sayang seseorang, mampu memberi kekuatan pada seseorang yang lemah melebihi dari pandangan marah atau mengherdik. Konsep yang perlu diguna pakai dalam mendidik anak-anak. Anak yang degil lahir dari didikan siapa? Anak-anak tidak akan mewarisi sikap buruk ibubapa, tetapi mereka akan belajar sikap buruk yang ditonjolkan oleh ibubapa. Learning proses. Jika ibunya seorang pelacur anak tersebut tidak akan menjadi pelacur melainkan dia di dedahkan dengan persekitaran yang sedemikian.

 

Anak-anak kan ibarat kain putih? Ibubapalah yang akan mencorakkannya. Anak-anak rosak diluar sana salah siapa? Sudah cukup kuatkah ibubapa ‘mengikat’ anak-anak mereka dengan kekuatan akidah? Diluar sana, sebesar mana pun cabaran, akan mudah ditepis sekiranya anak-anak sudah dibekalkan dengan akidah yang cukup sempurna.

“Anak-anak bukanya hak mutlak ibubapa, tapi mereka merupakan amanah Allah,” aku setuju dengan apa yang Prof ini sampaikan. Kalau kita menganggap mereka adalah hak kita yang mutlak, sudah tentu kita mahu jadikan mereka mengikut apa yang kita mahu. “Suka hati akulah, anak aku..!”

 

“Aku mahu anak aku skor A dalam pelajaran akademik, baru seronok orang dengar dan pandang,” ibubapa mana yang tidak bangga jika anak-anak cemerlang dalam akademik. Tapi cukup banggakah seseorang ibubapa itu nanti dalam mengejar matlamat SKOR A di dunia, tapi dalam masa yang sama anak-anak jahil dalam agama. Anak-anak ketinggalan dalam agama. Tidak tahu membezakan yang halal dan haram.

 

Ibubapa sekarang lebih mementingkan pandangan orang berbanding pandangan dari Ilahi. Mereka lupa anak adalah amanah Allah.. bukannya hak mutlak ibubapa..

2 comments:

  1. saya suka tonton reset minda..prof memang hebat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reset minda dengan celik hati memamg kena tonton..^__^

      Delete