Wednesday, September 18, 2013

Suka Memberi Amalan Mulia – Sedih Tengok Video Ini


Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum…

Komunikasi Hati
Komunikasi Hati

Giving Is The Best Communication by truemovieH
Aku teringin menerbitkan iklan-iklan seperti ini, iklan kategori Public Service Announcement (PSA). Suka memberi adalah komunikasi yang terbaik, mereka yang suka memberi adalah seorang yang pemurah, dan orang yang suka memberi rezeki mereka murah. Iklan video terbitan dari Thailand ini berdurasi 3 minit telah mendapat lebih 7 juta view. Di entry ini ingin aku mengajak para pembaca blog ini menghayati mesej yang disampaikan dalam video ini.  Dan aku akan ceritakan dalam bentuk gambar bagi yang tidak dapat menonton video ini kerana masalah kelajuan internet.


Pencuri Di Tangkap
Ceritanya bermula apabila seorang budak lelaki telah ditangkap mencuri ubat. Situasi kecoh itu dapat disaksikan oleh ramai orang yang berada di pekan. Bertalu-talu budak lelaki itu disoal, “Apa yang kau curi?!?

Komunikasi Hati
Dari Hati Ikhlas
Penjual makanan yang nampak akan kekecohan itu dari tadi datang untuk meleraikan ketegangan.

Giving Is The Best Communication
Penjual makanan itu bertanya, “Ibu kamu sakit?” Ya jawab budak yang malang itu.

Bayar Harga Ubat Bayar Ubat
Lantas si penjual makanan itu terus mengeluarkan wangnya sendiri untuk membayar ubat yang telah dicuri tadi. Budak tu terus menunduk tidak mengangkat muka dari tadi.

Sikap Pemurah
Sikap Suka Memberi
Sebelum menyerahkan ubat itu, si penjual makanan sempat menyuruh anak perempuannya membungkuskan sup sayur. Lalu dimasukkan ubat itu sekali dalam bungkusan sup sayur.

Kemudian 30 sudah berlalu….~

Murah Hati
Si penjual makanan masih suka memberi, ada seorang pengemis datang ke kedainya, lalu dibungkuskan makanan untuk penggemis itu. Namun selepas itu si penjual makanan tidak semena-mena jatuh rebah.

Hati Menangis Sakit Tenat
Medical Bil Summary Cost of Bill
Bila si penjual makanan terlantar di hospital, anaknya menjadi runsing bagaimana hendak membayar kos rawatan dan perubatan ayahnya yang berjumlah 792,000 Bhat. Memandangkan mereka tidak lagi berniaga setelah si penjual makanan jatuh sakit. Bahagian ini perasaan aku sudah mulai sebak.

Kedai Untuk Di Jual
Jual kedai..

Bangun Tidur Bil Perubatan
Sedar dari tidur di katil ayahnya, anak penjual makanan terjumpa satu sampul surat yang diselitkan dibawah lengannya. Dia terkejut, amount bil perubatan ayahnya kosong..Sudah dibayar! Di ketika ini berlakulah flashback peristiwa yang berlaku 30 tahun lalu..

Expenses Paid Painkiller
Veggie Soup Doctor Signature
Segala perbelanjaan perubatan sudah dibayar 30 tahun dahulu, dengan tiga paket painkiller dan sebungkus sup sayur. Part ini dengan musik dan flashback itu yang buat aku sebak habis laa..

Lying Peace
Budak malang yang si penjual makanan ini tolong dulu kini sudah bergelar seorang doktor. Disebabkan pertolongan dan pemberian 30 tahun yang lalu ianya telah mencetuskan komunikasi dihati sesama insan. Hebatnya jika kita seorang pemurah dan langsung tidak berkira.

Untuk lebih menghayati aku sarankan tontonlah iklan PSA ini.

----------------------------------------------------------------------------------
Masa untuk iklan churp-churp..^__^
----------------------------------------------------------------------------------

6 comments:

Anonymous said... Reply

tgk vdeo ni meleleh air mata part pakcik tu pengsan.. mmg sedih... doktor tu mmg baik dia tetap ingt wlupon dah 30thn..

AM

amir zahari said... Reply

Siapakah kamu anon AM?

Eiqa Almond said... Reply

nanti tengok kat lptop laa.
nie guna computer nie, lmbat sikit..

amir zahari said... Reply

Iklan harus tonton..^___^

Khadeejah Hasmad said... Reply

Subhanallah :') Boleh jadi reward tu tak dapat pada hari ini, tapi Allah tangguhkan pada masa sesuai. Dalam cerita ni, selepas 30 tahun. Subhanallah. Terima kasih atas perkongsian. Ia membuatkan kita rasa ingin lebih banyak memberi tanpa expect return

amir zahari said... Reply

Moral dari video yang perlu kita belajar: Pemberian yang tidak mengharapkan apa2 balasan dari manusia.. Tetapi Allah melihat dan menghargai setiap pemberian yang ikhlas. Allah balas dimasa yang paling sesuai diperlukan oleh pemberi yang pemurah.

Post a Comment

 

Total Pageviews

Note

Aku tertanya-tanya, sejauh mana seseorang itu mampu menjadi pemangkin bagi orang lain. Hakikatnya memang ada. Tapi dengan segala cabaran dan dugaan yang menimpa mampu lagikah seseorang itu terus kekal sebagai pemangkin?

Renungan

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang , didapati orang itu ada yang gelak ketawa . Maka berkata Izrail : 'Alangkah hairannya aku melihat orang ini , sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya , tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa .."